Popular Posts

Monday 10 June 2013

Sakit Kepala Menyerang?????


  • Sakit kepala biasanya berlaku semasa dan selepas demam selsema terutamanya jika berlaku pengaliran lendir dari hidung ke dalam farinks. Sakit tertumpu pada kawasan tertentu seperti di muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat.  Kesakitan akan menjadi teruk apabila kita menggerakkan kepala, batuk dan bersin.

  • Sakit kepala migran pula berlaku apabila saluran darah di dalam kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Kesakitan hanya berlaku di sesetengah kepala sahaja namun ia berkemungkinan akan merebak ke  seluruh bahagian kepala. Kepala akan berasa berdenyut-denyut dan ianya berlaku secara perlahan dan ia akan menjadi lebih buruk selepas sejam atau lebih. Beliau berkata lagi bahawa, migrain biasanya menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan dan ia mampu berlarutan selama sekurang-kurangnya dua hingga empat jam apabila ianya berlaku. 
  • Sakit kepala biasa berlaku dalam kalangan lelaki pertengahan umur. Sakit kepala tertumpu hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja dan kesakitan biasanya terjadi di belakang mata. Sakit kepala tertumpu akan menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan ia akan berlaku selama lima hingga sepuluh minit. Kesakitan mampu menyebabkan terganggunya waktu tidur normal.
  • Sakit kepala disebabkan ketegangan pula biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. Sakit ini mungkin akan berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu lamanya dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Kesakitan ini digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, jarang berdenyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
  • Sebagai kesimpulannya, sakit kepala akan menjejaskan kehidupan seharian kita dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada kita seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan segera perlu diambil sebelum sakit kepala menjadi lebih teruk. 

        Alternatif lain yang boleh di amalkan dengan membaca doa dari surah al-waqiah ayat 19 dan mengamalkan pengambilan supplement OSTEMATRIX. 

             Ostematrix  
*Mengandungi Magnesium yang mengandungi ion positif no 2 penting didalam tubuh kita.Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan..Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh badan untuk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf dan otot,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.

*Untuk info lebih lanjut boleh hubungi saya...